Ads 468x60px

Artikel Muslimah

40 KEISTIMEWAAN WANITA

Berikut adalah 40 (empatpuluh) keistimewaan Wanita menurut Islam.

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang
soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang
yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang
siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail A.S.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

5. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

6. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

7. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).

11. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap pria?" tanya Aisyah kembali, Jawab
Rasulullah S.A.W. "Ibunya."

12. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

13. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

14. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

15. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah S.W.T.

16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

17. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

18. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

19. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

20. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang
jahat.

21. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

22. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada
badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

23. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

24. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

25. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

26. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

27. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

28. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

29. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

30. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.

33. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

34. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

35. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

36. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Ya Allah, Mengapa Ummiku Sering Menangis?

Seorang anak kecil bertanya pada Tuhannya, “Rabbi, mengapa Ummiku menangis ?”. 
Allah menjawab, “Karena Ummimu seorang wanita. Aku menciptakan wanita sebagai mahluk yang istimewa :
 Aku kuatkan bahunya untuk menyangga dunia
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
Aku kuatkan rahimnya untuk melahirkan benih manusia
Dan aku tabahkan pribadinya utnuk terus berjuang saat orang lain menyerah
Aku beri dia rasa sensitif untuk mencintai putra-putrinya
Aku tanamkan rasa sayang yang akan meninabobokan anak-anaknya dan berbagi cerita dengan putra-putrinya yang beranjak dewasa
Aku berikan dia kekuatan untuk memikul beban keluarga tanpa mengeluh
Aku kuatkan batinya untuk tetap menyayangi meski disakiti oleh buah hatinya sekalipun!
Aku beri dia keindahan untuk melindungi batin suaminya
Aku beri dia kebijaksanaan untuk mengerti bahwa suami yang baik tak kan pernah menyakitinya tapi kadang itu hanya ujian, apakah benar ia wanita setia
Ummimu, mahluk yang sangat kuat. Jika suatu saat kau lihat ummimu menangis, karena Aku beri dia air mata, yang bisa ia gunakan sewaktu-waktu untuk membasuh luka batinnya dan memberikan kekuatan yang baru....”
~ Semoga kita termasuk orang-orang yang senantiasa mendo’akan ibu kita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

           TIPS MENJADIKAN ANAK HAFAL JUZ 30 DI USIA 2-TAHUNAN


1. Tasmi'
    Sejak dalam kandungan, hingga usia 2 tahun. Perdengarkan selalu juz 30 (hanya juz 30) selama 24 jam/hari. Gunakan kaset murottal yang bacaannya perlahan (Misal Murottal  Mahmud Shiddiq Al Minsyawi yang diikuti suara anak kecil, atau Murottal Ahmad Sa'ud). Jika bacaan Al Quran orang tuanya baik (benar dalam makhraj, mad, dengung, dll) sangat baik jika ortu mengambil peran membacakan di waktu tertentu, jika tidak sebaiknya kaset saja, karena kesalahan-kesalahan yang terlalu jelas dari bacaan ortu dikhawatirkan mengganggu hafalan anak.

2. Talqin
    Setelah mendengarkan juz 30 selama 2 tahun + 9 bulan kandungan, dipercaya bahwa anak sudah hafal juz 30. Hanya saja belum bisa mengucapkan di usia 2 tahun, namun diasumsikan anak sudah bisa mengucapkan ayat-ayat Al Quran, jika ada yang sudah bisa mengucapkan sebelum usia 2 tahun, silahkan mulai tahap ke-3 berikut ini.

3. Kita membacakan, anak mengikuti/mengulangi. Begitu seterusnya 1 demi 1 ayat, hingga sempurna 1 surah.
  
Pertanyaan: Siapakah yang mentalqinkan??? 
Jawab: Idealnya, yang mentalqinkan adalah ibu dan ayahnya. Hanya saja jika ibu dan ayahnya tidak baik dalam membaca Al Quran, dikhawatirkan akan mengganggu hafalan anak yang sudah mendengar juz 30 selama 2 tahun lebih.
Solusinya: 
1. Carikan guru Al Quran yang dijamin benar dalam membaca. 
2. Ibu dan ayahnya belajar untuk memperbaiki bacaan Al Quran nya (tahsin). Jadi, sambil menunggu usianya 2 tahun, ibu dan ayahnya belajar (ini yang LEBIH UTAMA).

4. Talqin dan Tasmi'
    Seiring dengan tahap 2 (Talqin) dan tahap 1 (Tasmi') tetap kita lakukan. Juz 30 dan 29. Juz 30 sebagai pengulangan dan juz 29 sebagai perkenalan. Dst.....\

"Pesan di atas dibuat berdasarkan share pengalaman Syaikh Murtadho Habibi, Lc Al Hafizh dalam mendidik anak beliau yang hafal 11 juz di usia 5/6 tahun"

Subhanallah......nah ukhti, akankah kita mampu mengikuti jejak beliau ???? Biidznillah...Insya Allah....

------------------------------------------------------------------------------------------------------



0 komentar:

Posting Komentar